Kamu.. boleh aku bertanya?
Adakah kamu tidak pernah
terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku,
senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah
sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu
tersenyum?
Kamu.. boleh aku bercerita?
Aku rindu kamu, sentiasa ingat
kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak
wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya
dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata
jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh
pada kamu..
Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?
Kamu bahagia di sana? Kamu
gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku?
Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah
yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?
Kamu.. boleh aku bercerita lagi?
Aku rindu kamu, sentiasa
memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati
yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu
aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku
memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku..
aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha
sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya
purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagiamuuu
sumberrr : puisi cinta.com
sumberrr : puisi cinta.com
0 komentar:
Posting Komentar